25 August 2014

Short vacation to kl

(AWAS! ENTRI INI PANJANG & BANYAK GAMBAR)

Assalamualaikum, holla!

Bulan Ogos ni memang bulan yang agak stress, seminggu lepas habis cuti raya terus mengadap standardized test tiga subjek berturut-turut. Memang penat otak sebab kena perah habis kejap buang lemak lemang, nasi impit, rendang, kuih raya semua. Hilang sudah feeling raya dengan cuti. So untuk release kan balik stress ni, short vacation yang tertunggak dari sem tiga lagi berjaya aku buat sem ni. Weehooo!

Short vacation to kuala kumpur, again (last short vacation punya story). Walaupun again, turun kl memang tak pernah boring pun (bagi aku larr). Short vacation kali ni dia macam serampang dua mata, satu untuk jalan-jalan and lagi satu untuk memeriahkan lagi open house rumah tasya. Thanks to Tasya & family sebab invite aku dengan my gigirls, hani and bebe ke rumah and kasi tido sana :')

Hari pertama
Tapah Road 

Yang best trip pergi kl kali ni sebab kitorang pergi naik ets. Bagi orang yang first time macam aku baru try nak naik, excited dia lain macam kihkih. Baru sampai platform dah teruja, ambik gambar platform, railway kereta api. ETS ni stand for electric train services, perkhidmatan train antara bandar straight dari ipoh ke kl sentral. Train ni akan berhenti dekat stesen bandar-bandar besar macam slim river, sungkai, rawang, kepong sentral etc. Kalau nak travel taknak penat and murah, aku syorkan guna la service ets ni. Aicewah cakap macam dah banyak kali pernah naik :p Bagi kitorang student uitm tapah ni, memang ambik tiket straight dari stesen tapah road sampai ke kl sentral. Nak tahu lebih lanjut pasal ets, boleh tengok dekat laman web KTM.

Maka bermula lah perjalanan short vacation aku dengan kawan-kawan..


Sorry tasya, you had been excluded from this picture


Aku dengan hani, antara manusia kali pertama nak naik ets :p


Muka bajet happy depan kamera sebab si shameq (tudung hitam) dengan bebe (yang buat peace) lambat turun dari blok T.T

Ni ada pesanan penaja blog sikit, kalau nak naik ets, aku sarankan tak payah beli makanan dekat dalam koc sebab harga dia agak mahal. Secawan teh panas harga RM2.50. Tu baru air,tak kira makanan lagi. Bawa je makanan luar masuk dalam walaupun peraturan cakap makanan luar tak dibenarkan kihkih.

KL Sentral

Lepas hampir satu jam++ atas tren, maka tibalah kami tamunikay dengan syegha, shameq ke kl sentral. My first expression bila sampai kl sentral, ya allah, cantiknya! Modennya! Baru pertama kali jejak kaki ke sana, terharu sikit hakhak. Sampai dekat sana, aku hani tasya bebe pun berpisah lah dengan syegha & shameq sebab diorang nak balik rumah terus. Ketibaan kami disambut dengan sorang pakcik busker ni, suara husky habis menyanyi. Bagus pakcik, teruskan menyanyi, baru nampak epic sikt kl sentral ni pelancong tengok.


Uncle with husky voice


Fokus dekat benda besi atas tu haha

NU Sentral

Tak tahu pula aku yang sebelah kl sentral ni ada mall baru buka, NU sentral. Yang pelik sikit mall ni, bahagian makan-makan, restoran semua bahagian atas. Lepas nak dekat sejam++ dalam ets, mesti la perut pun laporr. So ketibaan first time aku di kl sentral disambut baik dengan makanan korea, juga for the first time in my life aku makan full set korean food. Kakak si tasya ajak makan dekat Dubu-Dubu, korean urban food restaurant. Interior dalam kedai ni seriously modern and sambil-sambil makan tu kitorang dihiburkan dengan kpop show dekat smart tv dalam restoran. Baru hari pertama sampai sana, perut aku dah kena saji dengan makanan korea dan sekarang baru aku sedar, perut aku tak sesuai dengan makanan korea especially dobeokki. Selalu tengok running man asyik terliur je tengok makanan dalam variety show tu T.T Malam tu makan semua free sebab kakak si tasya yang belanja, tq hakak! 


Dari luar dah boleh nampak display set makanan

Kiri : Natasya Haifa, Kanan : Kakak Nabila
Smart tv belakang tu tayang kpop show, layan!


Tengok macam sedap tapi boleh tahan larr



Penulis bersama rakan di hadapan restoran korea (poyo)

Lepas kenyang makan makanan korea, terus straight balik rumah tasya, tido kemain nyenyak malam tu mimpi pergi korea dengan encik jan hee :>

Hari kedua
Kenanga Wholesale Centre

Hari kedua short vacation, kita mulakan dengan shopping! Sebenarnya salah satu tujuan utama lain datang kl ni sebab nak cari baju dinner fakulti. So si syegha yang memang orang kl memang suggest gila-gila suruh pergi kenanga wholesale center (kwc)  ni. Dia kata banyak baju dekat sana murah-murah & cantik-cantik. Jadi tasya selaku tuan rumah decide jumpa dengan syegha and shameq dekat kwc. Actually ni first time juga aku pergi sana. Ekspresi aku dengan kekawan aku yang lain masa mula-mula bila jejak kaki dekat kwc, 'ya allah, murahnyaa!', 'tasya,hang jahat!' *cakap sambil hampir menangis* Dari blouse, jubah, skirt, baju kurung, blouse denim, baju ala-ala kore etc semuanya sangat MURAH!! Kalau beli banyak-banyak, lagi la dapat murah. Disebabkan terlalu-lalu banyak sangat kedai baju yang murah, dari ground floor sampai tingkat 4, aku dengan kekawan sampai tak terbeli pun baju dinner dekat sana sebab terlalu-lalu rambang mata! Untuk gigirls yang rasa nak shopping baju cantik-cantik, ajak la mak kakak adik perempuan datang sini. Beli borong and korang takkan rugi!!


Penulis bersama rakan-rakan (poyo lagi)


Baju murahh!!


Taste untuk mak-mak pun ada


Mu tuggu aku datang lagi kwc!!

Berjaya Times Square

Times square.. tempat ni banyak kenangan. Haha, abaikan, teringat dekat pojan pulak mihmih :> Lepas dah pening kepala, rambang mata dekat kwc sampai tak beli apa pun dekat sana, next destinantion yang si tasya arrange untuk kitorang ialah times square. Yang tak best pasal nak pergi times square ni kalau guna public transport, aku terpaksa sesak-sesak dengan manusiawi lain masa nak naik monorel. Habis kena tolak dengan orang belakang, punya kalot nak naik monorel, haishh. Tapi stress kena sesak-sesak macam ikan sardin dalam monorel terus hilang bila jejak kaki dalam times square haha. 

 
Sesaknya -.-

Si syegha semangat ajak jalan dekat tangga yang macam piano, yang bila kita pijak tangga tu, dia keluar bunyi. Sekali bila kitorang pijak tangga tu, bunyi piano tak keluar derr. Staff dekat situ tak on suis derr. Kesian orang penang, melaka and tepeng yang datang sini derr. Tak merasa pijak tangga piano. Tapi ada lantai yang bila kita pijak, macam kita pijak gel, dia gerak-gerak. Okay la tu, dapat ganti sedih tak dengar bunyi dari tangga piano.


Tak bunyi pun hmmm


 Lantai yang ni comel!

Waktu sedih tak dapat dengar bunyi piano tangga, perut pun dah lapar. Jalan punya jalan taktau nak makan apa. Konon idea asal bila sampai mana-mana mall nak food hunting, makan sikit-sikit dekat setiap restoran tapi lapau punya pasal, masuk satu kedai terus bedal makanan masing-masing. Nak selitkan juga sikit idea food hunting tu, kitorang decide makan dekat kedai yang tak pernah masuk lagi. So our luch basically just western foods at Vivo, american pizza and panini. Makanan dekat sini sangat sedap especially apa-apa yang dekat menu dia ada perkataan mozarella cheese. Kenyangnyelahai makan dekat sini, habis licin bekas makanan fuhhh. Harga pun lebih kurang standard macam dekat pizza hut tapi yang pasti, makanan dekat vivo lagi sedap dari pizza hut.


Makanan yang aku order, mozarella cheese dia thorbaik!!


See that cheese on top of the chicken?!


Alhamdulillah, hati manyak senang sebab kenyang

Ohhh ye, kalau yang kaki asam ataupun candies yang macam mashmallow tu, singgah la kedai edibee. Banyak sangat jenis asam yang ada dekat sini, nak tester pun ada. Harga pun standard macam dekat luar, 100g baru RM3. Lai lai, meh lerr membeli dekat sini!


Kecik molek je kedai edibee ni


Tester pun ada kalau nak try je

Lepas dah kenyang makan american food, aku dengan kekawan teruskan mission mencari baju dinner. Ingatkan dekat times square ni kedai baju mahal-mahal, ghuponye tidak lah mahal mana kome hoii. Standard harga baju, skirt, tudung semua macam dekat kedai-kedai biasa. Datang sini pun sekali lagi mata ni jadi rambang, banyak sangat bajuuu =.= Masuk satu kedai ke satu kedai, akhirnya aku dengan kekawan berjaya lah juga jumpa full set attire untuk pergi dinner nanti. Dari dress, kasut, aksesori - lengkap! Boleh kata banyak wang juaa dihabiskan di sini. Ni la akibatnya bila shopping dengan member, cepat sangat duit terbang haha. 


Sini fefeeling macam shopping dekat taipei gitu



Food hunting makan crepe 


Crepe ni lebih kurang macam apam balik, tapi nipis + crunchy

Penat gila hari kedua ni, balik rumah, terus terbongkang. Kali ni tak sempat nak mimpi indah-indah sebab penat sangat bersuka-ria haha.

Hari ketiga
Open house Natasya Haifa

Untuk trip kl kali ni, sama macam last trip, aku dengan member (hani & bebe) tido dekat rumah si tasya. Kali ni punya short vacation, kitorang telah dijemput untuk pergi open house raya rumah si natasya ni. Dah nama pun aku tido rumah dia, so secara tak langsung aku pun dah jadi sebahagian dari tuan rumah open house raya tu. Pagi tu bangun awal semua, potong buah nak buat rojak, potong kangkung nak buat yong tau foo, pergi kedai beli ais ketul, pergi rumah wan si tasya ambik barang semua. Fuhh, busy memang punya busy la. Sampai bila majlis start pukul 1 lebih sampai pukul 6, aku tak salin baju langsung. Ni la first time dalam hidup aku, pergi open house tak pakai baju kurung, satu hari tu aku pakai jeans dengan tshirt harimau malaya. Okey la, aku ikut style orang kl, pergi open house tak pakai baju kurung lagi dah haha.


Dari pagi dah busy mengangkut, beli barang


Dessert untuk open house raya 


Pakai seluar je datang open house haha

Downtown Cheras

Siang tu dah penat melayan tetamu, serve makanan semua, tengah malam tu dalam pukul 11++ kita pergi enjoy lepaskan penat lelah yang terbuku. Malam tu kitorang pergi downtown cheras ditemani akak si tasya. First time juga aku datang downtown cheras ni. Dari jauh dah nampak kereta parking panjang dekat tepi jalan and luckily kitorang dapat parking betul-betul dekat dengan tempat masuk. Masuk-masuk je dalam kawasan tu, purghhhh!! Banyak barang murah derrrr! Dari baju, kasut, kosmetik, aksesori, beg, seluar jeans, gadget etc. Banyak sangat choices and harga pun sangat-sangatlah affordable. Gila lah kalau datang sini tak beli apa kan. Malam tu juga duit aku melayang lagi terbang...


Baju, jeans murah-murah


Kasut nike, new balance, semua adaaa

Malam tu sampai-sampai rumah terus pengsan penat, tak peduli dah nyamuk ke apa lagi dah. Ponat hoi ponat dari pagi sampai tengah malam.

Hari keempat

Hari terakhir di kl, di rumah natasya haifa. Tiket ets pukul 11, naik dari kl sentral straight sampai tapah road. Bangun pagi tu, terus siap-siap nak balik. Kakak si tasya hantar kitorang dekat kl sentral. Cari platform, selfie dulu depan sign board, terus naik tren. Sedih pula rasa nak tinggal kl sebab sampai tapah nanti nak kena mula rutin biasa balik - study. Nak balik kali ni, aku dapat seat  dalam tren yang lawan arus. Ingatkan pening dapat seat lawan arus tapi alhamdulillah tak pun sebenarnya. Kitorang sampai tapah lebih kurang 12++ macam tu. 


Vacation is over :(


Until we meet again ets!

Berakhirlah sudah my short vacation with my lovely girlfriends...

Seriously walaupun short vacation kali aku cuma pergi shopping je koje tapi it really worth it. Banyak sangat benda firt time yang aku dapat buat - first time naik ets, firt time sampai kl sentral, first time makan makanan korea, first time makan dekat restoran vivo, first time pergi open house raya tak pakai baju kurung, first time pergi downtown cheras. And of course the most best part is my girlfiends, natasya haifa, nur azhani and ummu atiah. Kalau takde diorang ni, there will be no exciting and fun vacation. I love you all!! *penat menaip*

5 comments:

  1. awwwwwwwwww so sweet "kalau takde diorang ni, there will be no exciting and fun vacation" leviu too *penat gelak*

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la, gila kalau pergi sorang-sorang takde geng nak gelak, minta suggestion semua! ;')

      Delete
  2. Replies
    1. Dah lama tak jejalan sama-sama dengan kekawan,tu yang sakan sangat tu haha :)

      Delete
  3. Hai nk tanya. Saya mendapat tawaran ke uitm tapah. Uitm tapah berdekatan tak dgn ets tapah road?

    ReplyDelete