30 January 2015

Course apa ni nak pilih?!

Assalamualaikum, holla readers! :)

Dengar cerita sekarang ni junior lepasan spm 2014 dah boleh daftar UPU dah. Teringat zaman aku nak daftar upu dulu, choice pertama sampai ke second last semua tak dapat tapi dapat choice yang last sekali. Lawak betul bila ingat balik, mungkin sebab result spm aku tak cun mana walaupun sekolah alhamdulillah cigu-cikgunya hebat.

Ramai junior aku perati dekat twitter sekarang ni confuse tak tahu nak masuk bidang apa masa dekat u nanti. Memang akan ada banyak list course dan universiti nanti sampai diri sendiri confuse nak ambik mana satu. Aku pernah ada pengalaman macam ni so teringin nak share dengan adik-adik yang ada masalah nak pilih course apa, universiti mana pasal tips yang insyaallah mungkin korang boleh ikut,

Aku ringkaskan supaya mudah nak faham.

Apa perlu fikir bila nak pilih course?

1) Pilih bidang berdasarkan minat. Kalau tanya kaunselor,parents,cikgu mesti diorang akan cakap macam ni. Jangan pilih bidang yang korang langsung tak minat sebab nak belajar ni kena ada passion, insyaallah boleh skor dalam exam. Lagi satu, jangan terlampau ter-influenced dengan cakap-cakap sedara korang (esp makcik-makcik) suruh ambik course itu, course ini. Choose by your heart :)

2) Bidang yang demand kerja tinggi. Nak pilih bidang dekat U ni bukan macam nak pilih nak masuk sekolah menegah biasa,sbp or mrsm. Kena mula start fikir pasal masa depan diri sendiri dengan bakal keluarga. Sila pilih bidang yang tengah hot & in sekarang ni dekat malaysia. Contohnya macam bidang perakaunan sebab sekarang ni malaysia sangat memerlukan professional dalam bidang perakaunan. Insyaallah kalau korang betul-betul buat survey bidang apa yang tengah in sekarang, peluang kerja sangat luas terbuka di masa depan.

3) Restu dari parents. Yup, memang hak kita 100% nak tentukan masa depan kita sendiri esp pasal course apa nak sambung masa dekat u nanti tapi kena lah ada restu dari parents kita. Bila dah pilih satu bidang tu, tanya dulu pendapat mak ayah walaupun diorang taktahu sangat pasal bidang tu. Cerita pasal minat korang, apa korang nak jadi on the future dekat mak ayah. Minta restu dan berkat, tu yang paling penting. Inyaallah ada redha mak ayah, ada redha allah.

4) Pendapat orang berkenaan. Ni lagi satu cara yang adik-adik boleh guna kalau tak tahu nak pilih course apa. Kalau ada sedara-mara yang jadi doktor, cikgu,pegawai bank ke, tanya la diorang pasal bidang yang diorang belajar dulu. Mana tau bila dengar cerita pasal bidang tu, kita rasa minat and nak proceed dekat u. Boleh juga minta nasihat and pendapat mereka yang lebih professional pasal skop belajar and paling penting situasi bila nak kerja nanti.

Tu antara tips yang aku boleh kasi untuk bantu korang fikir apa yang perlu buat bila nak pilih course apa nak proceed dekat u. Tips ni pun antara yang aku dapat dari pengalaman sendiri,sedara-mara,encik jan,seniors and cikgu-cikgu.



Isu 'nak pilih U mana?' Isu kritikal juga ni and semuanya berdasarkan pendapat sendiri. Bagi aku, kalau nak pilih U tu (bukan kes nak sambung belajar oversea), pilihlah u yang kita satu family ada kemampuan untuk bayar fees, transportation nak pergi sana. Memang akan ada certain people cakap aku nak belajar jauh la tapi kita kena fikir paal kewangan family kalau-kalau diorang nak melawat susah ke, rindu dekat kita ke. Yup memang akan ada ptptn loan dan scholarship untuk kita tampung diri sendiri tapi sekarang ni kes pasal family.

Lagi satu pilihlah u yang cemerlang dalam satu-satu course tu. Macam uitm la, one of the most excellent universities for accountancy! Mihmih. So kalau nak proceed bidang akaun, join lah uitm hahaha. Promosi derr.

Rasanya ini saja yang mampu aku share dengan korang, adik-adik yang still confuse nak pilih course apa. Fikir dalam-dalam, jangan main semborono je nak join course apa. Kita kalau boleh taknak la failed paper lepas tu kena extend semester, kalau boleh nak graduate sama-sama dengan kawan-kawan lain. Jadi sekali lagi pesan aku, fikir betul-betul, dalam-dalam pasal masa depan kita sendiri.

Adios dari akak bidang akaun uitm tapah :)

9 comments:

  1. salam ziarah akak. lama xjenguk sini. hehe btw thanks atas pkongsian ni. Ainaa pun memng tgh confuse nk pilih course apa yg mint pun xthu. yg tahu minat matematik je. nak ambil veterinar pun xambil alirn sc msa spm. haha adui poning2. T_T

    jemputlh singgh ke blog ainaa ;) http://nikainaa.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ainaa. Pilih lah bidang yang kita ada minat, insyaallah, dipermudahkan segala urusan :)

      Delete
  2. Salam singgah, jemput segmen: novel diagnosis, header, topup,
    vector art, tudung bawal untuk dimenangi..
    http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html

    ReplyDelete
  3. akak. saya still konpius. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau konpius lagi,doa banyak2 dekat Allah. Insyaallah,dapat petunjuk mana yang terbaikk! :)

      Delete
  4. Sy minat sains komputer and mmg ada ambik subjek tu d sekolah..agak2 u mana eh yg tawarkan kos ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat uitm ada tawaran course sains komputer :)

      Delete