Yeayyyyyyy,alhamdulillah,aku baru habis my last payper for diploma in accountancy hari ahad hari tu. Ya allah,cepatnya masa berlalu! Macam tak percaya yang aku dah habis diploma sebab rasa macam baru je kenal debit credit,journal entries,ledger tu amende (orang tadak basic akaun). Sampai sekarang kadang-kadang aku still confuse ledger tu yang mana satu kahkahkah.
For those yang tak tahu ledger tu,ledger is T-account,this one :)
Ni la ledger! |
Dulu masa awal-awal masuk uitm,ada la dapat satu list courses untuk silibus pelajaran dari part 1 sampai part 6. Masa tu fikir,allah,mampu ka aku ni nak survive sampai habis? Sebab kalau failed mana-mana paper,confirm kena repeat and tu memang akan merugikan masa. Lagi pun aku takde basic weyhhh,how i'm gonna survive?! Masa part 1 dulu mula la rasa nyesal awat la aku pi gatai tangan pilih akaun taktau masa upu tapi bila dah habis belajar ni,baru sedaq rupa-rupanya bidang akaun ni manyak baguih maaa.
Alhamdulillah,urusan pembelajaran aku dipermudahkan tuhan dari tak tahu langsung apa tu debit,credit sampai la dah terer sikit buat sagala financial statements. Okay,i shall stop talking about all that account things cause i know my readers will never understand it :p Tapi senang kata,aku dari zero dah hampir suku nak jadi hero dah.
Untuk result kali ni,aku memang tak mengharap sangat sebab semua subjek gila sangat hardcore. Ada satu subjek ni yang we all student last semester kena betul-betul faham,menghayati,menjiwai segala teori akaun yang kami dah belajar dari semester 1. Waktu ni baru sedar yang bodohnya aku bab teori ni,nampak sangat cuma hafal formula lepas tu luah balik je atas paper. Aku rasa subjek tu memang sengaja diorang buat untuk buat kitorang sedar yang nak kerja nanti,bukan cgpa je hang kena hebat tapi soft skills,theory pun hang kena mantap.
Score cgpa only = nahhh.
Score soft skills only = mehhh.
Score cgpa + soft skills = bravo!!
Dari awal jadi student last semester ni,asal lalu sebelah kelas junior,mesti berlagak cakap,'belajaq rajin-rajin ye dik.jauh lagi perjalanan korang'.wakaka,gila berlagak walhal dulu sama ja,muka skema,beg pun beg galas (ni azhani ahmad la ni),tudung pun tak lipat (ummu atiah!),nak kenen-kenen pun dengan budak sekelas (ni natasya haifa). Kelakar lah bila ingat balik zaman budak baru masuk universiti,nampak sangat muka sekolah menengahnya ahahahaha! *menaip sambil gelak terguling-guling*
First exam masa part 1 (those faces!) :'D |
Tapi sekarang dah habis pun belajar,dah habis dah diploma. Lepas ni taktau masing-masing akan ke mana sebab tu aku takkan lupa korang,kawan-kawan aku! Even dah masuk degree nanti,aku takkan lupa kenangan aku masa belajar diploma perakaunan dekat uitm seri iskandar & uitm tapah. Berkawan biar beribu,berkasih biar satu.
Sekarang dah habis diploma,aku harap rezeki bachelor of accountacy (hons.) dekat uitm ada untuk aku. Depa nak hantaq aku dekat kampus puncak alam atau machang atau segamat atau bandaraya melaka atau samarahan atau kota kinabalu atau sungai petani,aku tak kisah,janji peluang nak belajar tu ada. I will never ever forget my memories during my diploma. It will never be a regret for me to be one of the students in diploma of accountancy at uitm!
Dewasa dah aku tskk tskkk :']
Sagala lol
ReplyDeletelolol :P
Delete