30 January 2016

Hari baru sebagai pelajar ACCA

Assalamualaikum,holla readers :)

Dah lama tak update blog,sementara malam ni free takdak apa nak buat (sebenarnye ada ja keja),baik aku update sekarang sebab bukan senang mood nak mai. Hari ni nak cerita sikit perasaan dan pengalaman pendek sepanjang nak dekat sebulan di intec.

Aku sekarang dah quit dari buat degree account dekat uitm puncak alam sebab dapat tawaran sambung buat kertas professional ACCA dekat intec. Kelas aku kebanyakkannye junior dalam lingkungan umoq 19-21 sebab depa ni fresh lepasan CAT & diploma. Aku ni lepasan diploma senior sikit sebab aku tahun ni 22 hahaha. Bila adik-adik ni dapat tahu aku quit degree sebab nak sambung acca,deme semua terkejut sebab selalunya orang akan quit acca sebab nak sambung degree tapi aku terbalik.

Kenapa aku quit degree??
Sebab masa lepas habis diploma uitm and nak isi borang penerapan uitm,aku pernah terpikir and ada nawaitu nak sambung acca.tapi sebab aku tak tau ada scholarship yang boleh support financial aku untuk kertas ni (since fees dalam pound sterling) and tak ramai kawan-kawan yang aku kenal nak ambik acca,maka aku proceed ke degree. Alhamdulillah,tiba-tiba Allah bagi petunjuk,satu hari tu saja-saja check website yayasan peneraju,tiba-tiba nampak ada link untuk program peneraju profesional akauntan muda. Waktu tu rasa Allah bagi petunjuk besaq dalam hidup aku ni. Dan aku apply,alhamdulillah lepas iv dan sekarang aku kat intec buat kertas professional.

Untuk sem ni aku ambik dua paper - F5 (performance management) & F6 (taxation). Walaupun cuma ada dua subjek and dalam seminggu tu tiap2 hari asyik berulang jumpa subjek and lecturer yang sama ja,tapi ya allah,penat weyy. Serius aku tak tipu,memang penat. Hari ni kelas and ada assignment,esok nak kena siap dah kerja tu sebab akan jumpa kelas tu balik. Since acca ni takdak carrymark (100% on exams) sebab tu kena ada kerja setiap hari supaya tak laghaa.

aunty ni main aucak pula
Style belajar dekat sini,masuk kelas,lecturer ajaq subtopic tu sampai habis and boom,buat la hang assignment. Untuk paper F6 (taxation),memandangkan mostly tajuk semua tajuk dah belajaq masa diploma,so lecturer terus suruh buat assignment sebab dah belajaq kan,so kena review and recap dulu sendiri,dalam kelas baru madam ajar balik. Setakat ni alhamdulillah,still boleh go on lagi. Moga Allah mudahkan urusan aku dengan kawan-kawan dekat sini supaya dapat pass dua paper ni sem ni,amin..

Setiap hari nak pergi kelas kena naik bas dari kolej kediaman sebab tempat belajar (intec tu sendiri) dekat seksyen 17 tapi kolej kediaman student intec dekat seksyen 18. Kalau nak diikutkan student yang under scholarship tak boleh bawa kenderaan kecuali motor tapi ramai je bawa,parking luar. Macam aku naik bas uitm la nak ke sana,free pun free. Lagipun tak pernah ada pengalaman naik bas pergi sekolah dulu-dulu,sekarang dah tua baru dapat feel naik bas pergi belajar hahaha :p

rasa macam nak pergi rombongan pun ada

Tapi satu larr nak bagitau,shah alam ni panas betul,aku taktau kedudukan geografi dia ni macam mana. Pagi,petang even malam pun still panas lagi. Jadi kalau siapa-siapa yang nak sambung belajaq sini nanti,beli lah kipas siap-siap sebab kipas yang dalam bilik ni memang tak dapat nak sejukkan badan korang. Jangan risau, sini kalau nak shopping barang memang senang,depan kolej kediaman dah ada mydin,giant ada,watsons pun ada. Dah duduk area macam ni kena pandai jimat duit la,nak-nak perempuan (aku la tu),pantang masuk watsons,ada ja benda nak beli lulz

kipas peneman di kala panas

So ni la,penagalaman nak dekat sebulan belajar acca dekat intec. Test 1 pun dah lepas cuma markah je tak dapat lagi. Bila buat test ni bleh nampak betapa pengurusan masa tu sangat penting sebab aku banyak skip soalan multiple choices!! Bila madam cakap ada lagi 10 minutes,baru aku kelam-kabut nak siapkan soalan multiple choices. Jangan jadi macam aku hahaha!!!!

K,tu je nak cerita. Byebye :)

12 comments:

  1. Jadual belajar camne? Hari2 ada kelas ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup,hari2 ada kelas bak kata di bawah tu :)

      Delete
  2. Jadual belajar cemana? Hari2 ada kelas ke?

    ReplyDelete
  3. Haah, hari2 ade kelas, kalau belajar kat INTEC, 7-8 hours per subject

    ReplyDelete
  4. Kalau pelajar lepasan matriks bleh ke ambil acca ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh kot awak. Saya tak pasti. Tapi kalau nak apply scholarship under YPPB, kena lepasan spm,diploma atau degree :)

      Delete
  5. Hai nak tanya. So skrg mcm mana progress ACCA? Cerita la paper dia and belajar dia mcm mana, sbb mmg susah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Nanti saya buat post baru untuk yang ni ye :)

      Delete
  6. Kalau lepas asasi nak apply acca boleh jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.

      Kalau awak nak apply acca under tajaan yayasan peneraju,permohonan hanya dibuka untuk lepasan SPM untuk sambung CAT-ACCA dan lepas diploma atau degree untuk buat ACCA. Setakat info yg saya tahu,kalau lepasab asasi tiada permohonan dibuka bawah yayasan peneraju. Tetapi kalau selain yayasan peneraju,saya tak pasti :)

      Delete
  7. Hi, boleh ke sambung ACCA di UITM atau INTEC kalau diploma kalau diploma in accounting graduate daripada local university yang lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Boleh awak,tak kisah pun diploma dari universiti mana pun,asalkan dah habis belajar diploma :)

      Delete