30 January 2016

Hari baru sebagai pelajar ACCA

Assalamualaikum,holla readers :)

Dah lama tak update blog,sementara malam ni free takdak apa nak buat (sebenarnye ada ja keja),baik aku update sekarang sebab bukan senang mood nak mai. Hari ni nak cerita sikit perasaan dan pengalaman pendek sepanjang nak dekat sebulan di intec.

Aku sekarang dah quit dari buat degree account dekat uitm puncak alam sebab dapat tawaran sambung buat kertas professional ACCA dekat intec. Kelas aku kebanyakkannye junior dalam lingkungan umoq 19-21 sebab depa ni fresh lepasan CAT & diploma. Aku ni lepasan diploma senior sikit sebab aku tahun ni 22 hahaha. Bila adik-adik ni dapat tahu aku quit degree sebab nak sambung acca,deme semua terkejut sebab selalunya orang akan quit acca sebab nak sambung degree tapi aku terbalik.

Kenapa aku quit degree??
Sebab masa lepas habis diploma uitm and nak isi borang penerapan uitm,aku pernah terpikir and ada nawaitu nak sambung acca.tapi sebab aku tak tau ada scholarship yang boleh support financial aku untuk kertas ni (since fees dalam pound sterling) and tak ramai kawan-kawan yang aku kenal nak ambik acca,maka aku proceed ke degree. Alhamdulillah,tiba-tiba Allah bagi petunjuk,satu hari tu saja-saja check website yayasan peneraju,tiba-tiba nampak ada link untuk program peneraju profesional akauntan muda. Waktu tu rasa Allah bagi petunjuk besaq dalam hidup aku ni. Dan aku apply,alhamdulillah lepas iv dan sekarang aku kat intec buat kertas professional.

Untuk sem ni aku ambik dua paper - F5 (performance management) & F6 (taxation). Walaupun cuma ada dua subjek and dalam seminggu tu tiap2 hari asyik berulang jumpa subjek and lecturer yang sama ja,tapi ya allah,penat weyy. Serius aku tak tipu,memang penat. Hari ni kelas and ada assignment,esok nak kena siap dah kerja tu sebab akan jumpa kelas tu balik. Since acca ni takdak carrymark (100% on exams) sebab tu kena ada kerja setiap hari supaya tak laghaa.

aunty ni main aucak pula
Style belajar dekat sini,masuk kelas,lecturer ajaq subtopic tu sampai habis and boom,buat la hang assignment. Untuk paper F6 (taxation),memandangkan mostly tajuk semua tajuk dah belajaq masa diploma,so lecturer terus suruh buat assignment sebab dah belajaq kan,so kena review and recap dulu sendiri,dalam kelas baru madam ajar balik. Setakat ni alhamdulillah,still boleh go on lagi. Moga Allah mudahkan urusan aku dengan kawan-kawan dekat sini supaya dapat pass dua paper ni sem ni,amin..

Setiap hari nak pergi kelas kena naik bas dari kolej kediaman sebab tempat belajar (intec tu sendiri) dekat seksyen 17 tapi kolej kediaman student intec dekat seksyen 18. Kalau nak diikutkan student yang under scholarship tak boleh bawa kenderaan kecuali motor tapi ramai je bawa,parking luar. Macam aku naik bas uitm la nak ke sana,free pun free. Lagipun tak pernah ada pengalaman naik bas pergi sekolah dulu-dulu,sekarang dah tua baru dapat feel naik bas pergi belajar hahaha :p

rasa macam nak pergi rombongan pun ada

Tapi satu larr nak bagitau,shah alam ni panas betul,aku taktau kedudukan geografi dia ni macam mana. Pagi,petang even malam pun still panas lagi. Jadi kalau siapa-siapa yang nak sambung belajaq sini nanti,beli lah kipas siap-siap sebab kipas yang dalam bilik ni memang tak dapat nak sejukkan badan korang. Jangan risau, sini kalau nak shopping barang memang senang,depan kolej kediaman dah ada mydin,giant ada,watsons pun ada. Dah duduk area macam ni kena pandai jimat duit la,nak-nak perempuan (aku la tu),pantang masuk watsons,ada ja benda nak beli lulz

kipas peneman di kala panas

So ni la,penagalaman nak dekat sebulan belajar acca dekat intec. Test 1 pun dah lepas cuma markah je tak dapat lagi. Bila buat test ni bleh nampak betapa pengurusan masa tu sangat penting sebab aku banyak skip soalan multiple choices!! Bila madam cakap ada lagi 10 minutes,baru aku kelam-kabut nak siapkan soalan multiple choices. Jangan jadi macam aku hahaha!!!!

K,tu je nak cerita. Byebye :)

58 comments:

  1. Jadual belajar camne? Hari2 ada kelas ke.

    ReplyDelete
  2. Jadual belajar cemana? Hari2 ada kelas ke?

    ReplyDelete
  3. Haah, hari2 ade kelas, kalau belajar kat INTEC, 7-8 hours per subject

    ReplyDelete
  4. Kalau pelajar lepasan matriks bleh ke ambil acca ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh kot awak. Saya tak pasti. Tapi kalau nak apply scholarship under YPPB, kena lepasan spm,diploma atau degree :)

      Delete
  5. Hai nak tanya. So skrg mcm mana progress ACCA? Cerita la paper dia and belajar dia mcm mana, sbb mmg susah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Nanti saya buat post baru untuk yang ni ye :)

      Delete
  6. Kalau lepas asasi nak apply acca boleh jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.

      Kalau awak nak apply acca under tajaan yayasan peneraju,permohonan hanya dibuka untuk lepasan SPM untuk sambung CAT-ACCA dan lepas diploma atau degree untuk buat ACCA. Setakat info yg saya tahu,kalau lepasab asasi tiada permohonan dibuka bawah yayasan peneraju. Tetapi kalau selain yayasan peneraju,saya tak pasti :)

      Delete
  7. Hi, boleh ke sambung ACCA di UITM atau INTEC kalau diploma kalau diploma in accounting graduate daripada local university yang lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Boleh awak,tak kisah pun diploma dari universiti mana pun,asalkan dah habis belajar diploma :)

      Delete
  8. saya nak tanya masa sesi interview dia tu ada x dia tye soalan pasal mfrs ke...current issue ke?thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu saya iv haritu,dia tak tanya pun pasal mfrs semua. Kawan2 saya yang iv pun tak cerita interviewer ada tanya pasal mfrs semua.

      Rasanya kalau tanya mfrs tu maybe iv keje nanti :)

      Delete
  9. Hi btl ke kalau kita buat diploma -> acca nanti kita akan dpt sijil degree from oversea coz kita takbuat degree di malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oxford brooke degree,yes! tapi kena opted in dulu. nanti kena buat thesis dari 20 tajuk yang pihak oxford university dah bagi,pilih dan buat thesis.

      Delete
  10. Hi btl ke kalau kita buat diploma -> acca nanti kita akan dpt sijil degree from oversea coz kita takbuat degree di malaysia?

    ReplyDelete
  11. Hi akak. Dekat uitm shah alam ada tak course acca? Bukan degree in accountancy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat shah alam ada acca tapi tu under MARA. Kalau yayasan peneraju, ada dekat intec,sunway dan lagi satu,akak tak ingat :)

      Delete
  12. So ambik acca ni berapa tahun? Kalau ambik cat-acca berapa tahun ambik masa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau diploma-acca dan straight pass akan jadi 2.5 years. Kalau cat-acca,saya tak pasti. sebab saya dari diploma route.

      Delete
    2. Saya buat cat 1 1/2 years. Acca kalau habis december ni insha allah 3 years!

      Delete
    3. Waaa,hebatnya.tu yang bagus kalau start dari cat,cepat habis dan boleh start keje awal.all the best untuk final nanti!!

      Delete
  13. hi ! :)
    masa iv nanti soalan apa je dia tanya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak,awak boleh check last post saya. Saya ada cerita pasal iv yayasan. Link ada ekat sebelah kanan blog,dekat acca's zone :)

      Delete
  14. salam.Di intec ada kelab dan sukan semua tak? ke 24 hrs belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ada kelab hiking,kelab bahasa,kelab silat,kelab persatuan islam etc tapi tak wajib join :)

      Delete
  15. Salam...nk tnya so blaja je ke ataupun still ada macam presentation sume...ke ada je tapi xde markah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Presentation untuk subject acca memang takde langsung tapi depend pada lecturer jugak lah. Kalau lecturer nak suruh awak present,kena lah present tapi takde carry mark semua tu :)

      Delete
  16. hi akak, saya sekarang tgh habiskan diploma in business management dekat ipts. and baru sedar saya minat bidang accounting. and cadang nak amik ACCA. tapi tak tahu cara. Boleh ke diploma ipts mohon degree acccounting kat uitm? nak amik degree pun sebab ada exemptions paper untuk test ACCA. ada suggestion? atau kena ambil CAT? Mohon bantu saya yg sedang dilemma ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dania.

      1) yup,boleh je diploma kos lain nak sambung degree accounting dekat uitm tapi awak tak dapat banyak exempt credit hours lah sebab diploma awak bukan accounting dan awak bukan dari uitm. Tapi nak smbung ke dgree accounting boleh ke tak? Yes,boleh.

      2) Lepas degree nak sambung acca,kena buat CAT dulu ke? Kalau awak sambung buat acca dari degree accounting,awak tak payah buat cat sebab cat untuk lepasan spm. cat = foundation utk acca.

      Kalau dania memang minat accounting,sambung lah accounting. insyaallah boleh buat :)

      Delete
  17. Hi. Saya ada apply acca under website peneraju. Saya perlu apply di website intec juga ke memandangkan saya pilih intec as tuition provider saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh iye ke. mungkin ni cara application yang baru kot sebab saya apply yppb pun nak dekat akhir tahun tahun 2015 dulu hehe

      Delete
  18. Hi akak boleh tk nak email akak sebb saya nk tanya pasal barang yg perlu dibawa di kolej nnti thank you 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi future dentist. Boleh je awak,memang akak letak email tu untuk siapa2 yang nak email tanya apa2 :)

      Delete
  19. Hi nk tnya...sbb acca ni 100% final kan... so nk tau jgak ada lagi ke benda2 mcm presentation ke or test2 sume sbb carry mark xde kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Haah,memang takde markah pun ,carry mark memang tak wujud :)

      Delete
    2. So presentation n test still ada ke

      Delete
    3. Presentation ikut lecturer nak buat ke tak tapi sealunya TAK ada.tu yang best! Progress test ada 2 kali.

      Tapi dua2 ni takde carry mark :)

      Delete
  20. kak nak tanya lagi, if kita gi matriks-degree-acca boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup,boleh. Tapi pastikan degree in accounting supaya nanti bila sambung acca,boleh dapat banyak exemptions paper :)

      Delete
  21. 1) kak,klu ambik diploma in accountancy kat Uitm, pastu ambil Acca, berapa jumlah exemptions paper?

    2) Pada pendapat akakla, diploma>degree>Acca atau diploma>Acca yg akak syorkan/galakkan? Terima kasih kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Kalau dari Diploma in Accountancy,dapat exemptions dari paper F1 sampai F4. Empat paper F dapat exemption. Terus start paper F5

      2) Macam akak,akak diploma>acca. Ikut awak lah,tapi untuk pendapat akak,kalau awak rasa takut lepas degree nanti dah tak terasa/tak ada semangat nak sambung belajar lagi,better buat diploma>acca.

      Tapi it's always better to have more qualifications. Kalau awak buat degree dulu,awak dah ada byk qualifications dan akan dapat lagi banyak exemptions paper

      Delete
  22. Hi.. nk tnya
    1) sy akn habis degree int business tak lama lg dan bcadang nak ambil acca, adkh sy perlu ambil cat-acca atau terus ke acca?
    2) pd pendapat awk, better sy amil deg accounting atau terus ke acca? (But sy dh ada degree and mcm patut acca terus kan?😅 sy cuma takut acca terlampau susah utk sy memandangkan sy cuma dip in business n degree in ib) -tp minat ke accounting dah lama, ambil business sbb hasrat ibu sy
    Harap sgt awk dpt jwb soalan sy😊 thank you!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak.

      1. Memandangkan awak dari degree int business,saya rasa awak boleh sambung terus ke acca,no need acca. Tapi tapi awak boleh check exemption apa awak dapat dengan email ke acca directly sebab saya pun tak boleh nak confirm sangat exemption paper awak daoat since degree awak bukan accounting :)

      2. Insyaallah acca tak susah kalau awak dah berjaya buat degree. Kalau degree awak boleh buat which is jadual kelas pack,banyak subjek, saya yakin awak boleh buat acca sebab acca kelas dia relax je hehe. Lagipun awak dah ada degree,saya rasa boleh sambung straight je ke acca. Tapi mcm saya cakap dekat point 1,better awak emel straight ke acca untuk tanya lebih lanjut.

      Delete
  23. Nk tnye..kemasukan sept slalu nye awal bulan ke pertengahan bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak. Kalau awak merujuk kepada IPT,it will depend on that IPT arrangement so saya tak berapa pasti bila kemasukan september.

      Delete
  24. Assalamualaikum. Nak tanya, if saya diploma ambil investment analysis dan masa degree in finance, route utk ambil acca macam mana ye? Ada exemption paper ke masa acca atau kena start daripada awal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam awak. Since awak diploma and degree lain2, saya tak beraoa pasti exemption apa awak boleh dapat sebab saya dari diploma perakaunan. Saya suggest awak emel acca directly tanya,nanti attached sekali transcript exam diploma and degree awak,diorang akan assess dari situ exemption apa awak akan dapat :)

      Delete
  25. salam admin, kalau nak ambik ACCA perlu interview lepas dulu ke baru boleh tahu layak atau tak buat ACCA? masa interview session tu susah tak soalan soalan dia? biasanya tanya berkenaan apa? account jugak ke?

    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam awak. Nak sambung acca,awak tak perlu interview sebab dia pun sama je macam degree/diploma,boleh terus sambung je. Interview tu cuma kalau awak nak apply scholarship utk acca,yes,awak kena interview macam dalam kes saya.

      Kalau soalan interview awak tu merujuk kepada interview scholarship, awak boleh tengok link post blog saya dekat bahagian ACCA pasal interview yppb :)

      Delete
  26. Akak nk tanye klau time spm amik sains tulen pastu nak amik cat kat intec ok x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes,boleh sangat. Ramai juga kawan2 akak dari mrsm taiping yang sains tulen sambung cat tp diorang sambung dekat uitm shah alam. Tapi ada je cat dekat intec utk lepasan spm,dun worry!

      Delete
  27. Akak nk tanye klau time spm amik sains tulen pastu nak sambung amik cat kat intec ok x??

    ReplyDelete
  28. If dah post graduate acca boleh ke kerja kat overseas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak. Kalau dah ada acca, lagi lah sangat2 boleh keje dekat overseas sebab high demand!! Even dekat MY pun dah high demand :D

      Delete
  29. hai..nak tnye klau dh ade cat tpi nk sumbung acca kat uitm boleh ke?sbb saya ambik cat dekat private universty so nak acca kat uitm bole ke?pls jwab sbb mmg urgent

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak. Sorry akak reply lambat sebab baru on balik blog. Haah boleh je awak sebab konsep dia sama je kalau awak diploma U lain then nak sambung U lain, memang boleh :)

      Delete