17 May 2018

My oily skin & Simple

Assalamualaikum,hello readers :)

Betul lah orang selalu cakap kan,kalau kita dah terbiasa pakai barang/produk yang mahal sikit, memang effect dia berbaloi dan elok sebab kualiti dia tiptop. Tapi bila kita terrpaksa guna produk yang murah sikit,boleh terasa lah effect dia tak berapa bagus macam yang produk hat mahai sikit tu. I've been facing that effect.

Contoh ialah produk pencuci muka.

Dulu aku guna pencuci muka garnier,boleh rujuk post ni --> Aku pengguna Garnier. Tapi selepas secara tiba-tiba kulit aku megelupas,aku mula cari produk yang tak banyak chemical,natural dan takde perfume. Aku bertemu dengan produk Simple,brand UK. Harga dia bagi aku yang student ni agak mahal lah,RM18+ compared to garnier yang aku guna dulu,harga affordable sikit tapi harga dia mahal sebab kualiti dia,fuhh,memang berkesan untuk kulit aku yang oily ni. Kulit aku jenis berminyak,kalau time tengah study boleh rasa minyak dekat hidung ni.

So satu hari tu,pencuci muka simple aku ni habis. Nak pergi beli tengah sengkek waktu tu,ye lah rm18 kott. Jadi aku guna la pencuci muka yang emergency in case kadang-kadang aku tertinggal si simple ni dekat rumah kakak aku. Produk pencuci muka emergency aku ni Nuteen. Hmmm,betul lah hipotesis orang ramai macam awal-awal yang aku cakap tadi ni. Nuteen ni memang murah la berbanding dengan simple dan produk ni tak sesuai untuk kulit aku yang oily ni. Lepas tu selaluya bila aku guna simple,jerawat yang ada sat ja kering lepas cuci muka tapi nuteen ni,hmmm,tak kering-kering jerawat aku :(


Kulit aku jenis tak terkesan sangat kalau guna pencuci muka baru,cuma muka berminyak,ye akan terkesan dan terasa. Bila pakai nuteen,muka aku minyak tak hilang sangat,lepas cuci terasa lah okay kulit muka tapi sat ja boleh rasa muka berminyak balik. Compared to bila aku guna simple,muka aku lambat nak berminyak balik. Jadi disebabkan sekarang dah nak study week,muka aku pun asyik excess oil ja stress belajaq,hari ni aku dah pergi beli produk simple. Puas hati dan rasa best bila kulit dapat balik ubat/tonik yang sesuai. Boleh terasa kelainan dia! :))


Kalau siapa-siapa yang nak guna simple ni molek sangat walaupun harga dia antara yang mahal jugak lah dalam watsons tu tapi effect memang berkesan. Sesuai untuk kulit sensitif. So yeahh, I am happy because my skin is back to normal,less oily!

No comments:

Post a Comment