11 June 2021

#cucukmyAZ

 Assalamualaikum, hai readers!!

Dah pertengahan bulan June 2021, baru update blog.

So 5 Jun 2021, hari sabtu, aku dengan encik jan dapat appointment untuk cucuk vaksin AZ dekat pwtc kl. Asalnya masa appointment aku pukul 9 pagi and encik jan pukul 4.00 petang tapi hari khamis tu dapat notification dari mysejahtera yang timing aku dah bertukar ke pukul 4.30 petang. Fuhh lega sebab tak payah la encik jan nak ulang alik banyak kali ke pwtc sebab dia tak kasi aku naik train.


So kami pun gerak la sekali ke pwtc dalam pukul 2.45 and sampai sana around 3.30pm. Kereta parking dekat sunway putra mall sebab lepas cucuk nanti nak beli jajan dekat mall konon nak treat diri dah cucuk haha. So dia masuk dulu dalam hall dalam 3.45 macam tu and selang 15 minit tu aku pula masuk. Kiranya aku dapat masuk awal instead of 4.30 sebab proses dia cepat.

Consent form

Lepas dah scan suhu, check in, assessment dengan doctor, then kita terus proceed ke tempat cucuk vaksin. Masa dekat assessment station dengan doctor, aku tanya la pasal soalan-soalan berikut:-

1. TTC (trying to conceive)

Since aku tengah ttc, doctor advise untuk elakkan ttc dalam 3 months after first dose sebab once kita dah pregnant, kita tak boleh dapat second dose. Then after second dose, need to wait 3 to 5 months pula sebab setakat ni masih takde research effect AZ ke atas pregnancy mom + newborn sebab tu doctor suruh tunggu. Tapi dia ada cakap juga once dah ada official research and it's okay to pregnant, then can proceed la after the second dose.

2. Supplement

Bagitahu doc yang aku ada ambik supplement vitamin C and folic acid. Doc cakap can continue to consume tapi folid acid tu dia suruh takyah consume dulu sebab benda yang aku explain dekat atas tu - avoid ttc.

Alhamdulillah, aku dengan husband pun dah selamat divaksin kan dengan AZ petang 5 jun 2021. Masa tu the worst yet to come hahaha. Malam tu baru post effect AZ ni terasa..

Kronologi pengalaman #cucukmyAZ:-

Sabtu, 5 jun 2021 

4.50pm : Settle cucuk vaksin, snap gambar 'Saya tekah divaksin'.

9-10pm : Dah mula seram sejuk and mengantuk awal. Ambil 2 biji panadol actifast, masuk tido awal.

Ahad, 6 jun 2021

3 am : Demam panas, terketar-ketar seram sejuk dalam selimut. Berselubung dalam selimut, muscle sore. Tak boleh nak tido sebab badan rasa tak selesa langsung.

5.30am : Terjaga sebab rasa pening gila and panas sejuk. Tak boleh tido and tertido ayam sambil dengar azan subuh berkumandang.

6.30am : Alarm subuh bunyi, tekak rasa loya terus masuk toilet. Dia tak muntah cuma loya dan aku berpeluh-peluh macam orang baru balik sukan, basah kepala.

7.00am : Duduk dalam toilet punya lama, terus mandi basuh kepala and subuh.

7.30am-9am : Sakit perut and tetido depan ruang tamu.

9.30am-malam : Badan dah okay dan cuma fening sikit-sikit je.

Based on pengalaman aku, demam lepas cucuk vaksin AZ ni tak sama macam demam biasa yang kita kena virus tu sebab demam AZ ni selera makan tetap ada sebab tekak tak rasa payau apa pun. Memang hari sabtu ahad isnin tu macam-macam makanan tapau hahaha. 

Self reward

Hari selasa sampai sekarang dah okay dah, no more side effect of AZ vaccine. Life goes on like usual. Nanti second dose tak pasti side effect dia sama ataupun dah takde. Harap-harap dah takdak la, tak sanggup dah nak melaluinya lagiii aaaaaa

Kepada yang masih menunggu slot vaccine, aku doakan korang semua dapat cepat. Dalam masa yang sama, jaga diri and stay safe my readers :) 

No comments:

Post a Comment