14 February 2013

Adik manis dan fesyennya

Semalam aku pergi keluar jejalan dekat Sunway Carnival Mall nak teman kawan aku sorang ni nak celebrate bithday crush dia. Oke, aku pun mengikut jea la since dyorang cakap dyorang yang akan tanggung kos tiket wayang. Jimat duit akuu.

Back to the topic, dipendekkan cerita masa nak balik, kitorang pun lepak la dekat kerusi depan pintu masuk bahagian tepi mall tu. Kawan aku borak-borak dengan crush dia, tinggal la aku keseorangan dekat situ dengan dunia aku sendiri. Aku kalau dah mula masuk dalam dunia sendiri, aku suka tengok fesyen manusia, especially girls. Memandangkan aku tak reti sangat nak berfesyen sebab tu aku lebih minat nak tengok fesyen orang. Masa keluar tu pun, aku cuma pakai tshirt plain hijau, seluar jeans kelabu feveret dengan tudung bawal plain beli dekat karnival haha. Simple kan.


Aku tengok kiri kanan depan, macam-macam fesyen yang ada. Dekat entry ni aku cuma nak cakap pasal fesyen orang Melayu memandangkan aku ni orang Melayu. Aku cuma ingat dekat seorang adik kita ni jea sebab fesyen dia sangat 'menarik' dekat mata aku sebab tu boleh ingat. Kita tengok 'model bidan terjun' kita ni pakai ;

Model adik manis :
  • Pakai tudung fesyen Najwa Latiff
  • Pakai skirt renda-renda atas lutut 
  • Kemeja vintage
  • Pakai legging

Ohh maiii, kelass kau. Boleh imagine tak? Bagi pendapat saya, fesyen tersebut terlalu berbahaya bagi si gadis yang bertudung. Aku tak tau la kalau-kalau aku yang tak reti berfesyen, tapi bila aku tengok, aku rasa adik tersebut terlalu daring. Skirt tu atas lutut dan dia pakai legging yang bagi aku sangat, what? Pelik punya fesyen.

Aku tahu aku takde hak nak condemn dia punya fesyen. Ini cuma sebahagian daripada pendapat aku. Tak salah kita nak berfesyen asalkan berpada-pada dan bagi situasi adik manis tu, aku rasa fesyen dia macam tak sesuai dan terlalu over. Kalau nak cerita pasal orang lain, memang ramai lagi tapi aku cuma ingat fesyen adik manis tu sahaja.

Tu la antara aktiviti yang aku buat bila aku ditinggalkan keseorangan tanpa rakan berbual - tengok fesyen orang lain. Aktiviti ni memang super duper seronok sebab korang boleh nampak macam-macam ragam manusia dalam berfesyen ni, dari yang sesedap mata memandang sampai la yang ke entah hape-hape #Semua ini poyo.

Cuba korang try buat macam apa yang aku buat ni heee :3

8 comments:

  1. yeah..betol jugak uw.manusia skrg mmg pelik.tp sy pn xnk condemn org.sama2 kita berubah ke arah kebaikan.begitu juga mereka.in shaa allah.amin.:)

    ReplyDelete
  2. nice for themmmmmm. not for me :'(

    ReplyDelete
  3. xsalah berfesyen TAPI wajib menutup aurat.
    legging tu dah sah2 ketat. bila pakai tudung with legging,memang sgt xkena...

    ReplyDelete
  4. ahaha..sakan budak tu berfesyen..mna dya rujuk pon xtaw ke men hentam bedal je..=P

    ReplyDelete
  5. cntik tp kalau lbh2 dah tak cntik..huhu

    ReplyDelete
  6. haha...ni macam habit ecah jgk ni..peneman kawan n ditinggalkan..pastu nengok2 gelagat org..meahahaha..

    adik manis tu "terover" kot hr tu..xpe doakan supaya dia sedar kesilapan dia berpesyen hr tu..harap lepas ni elok la sikit.kan..hehe

    ReplyDelete
  7. hahaha. legging? oh mai. memang tak cun combine legging and guna tudung.

    ReplyDelete
  8. fashion victims macam nilah . tolonglah pakai legging dgn skirt atas lutut ? tudung tu boleh buang tepi kot . yknow skrg ada tudung yg mcm wig tu -.- totally disaster . buruk beno rupe

    ReplyDelete