23 March 2013

Keadaan sebenar

Hari Sabtu hari minggu hari cuti hari untuk bersuka ria sebentar :)

Hari ni keluar pergi makan KFC, tu jea makanan mampu beli yang top dekat area Seri Iskandar selain McDonald, Secret Recipe dengan Ayamas, Oke taknak cerita pasal makan tuu sebab semua raeders pun pernah makan KFC kan.

Nak cerita pasal pengangkutan awam pelajar UiTM Perak.

Dekat UiTM Perak, ada disediakan perhidmatan bas UiTM pergi-balik ke Bandar Universiti (Bandar U) dengan harga RM1 sekali pergi. Since tiket pun cuma RM1 sekali naik, servis dalam bas tu pun memang layak / sesuai dengan harga tiket. Kalau nasib baik waktu tu, dapat la bas yang elok sikit kondisi dia - aircond berjalan lancar, sejuk. Tapi kalau nasib tak berapa baik sangat, hambik kau, naik bas oven la jawabnye, panass nak mampuihhhh.

Jangan tertipu dengan interior design bas ni,


Macam tadi on the way nak balik, bas yang kitorang naik aircond dia rosak. Bayangkan macam mana keadaan dalam bas tuu, dah la ramai orang. Macam-macam bau ada huishhhh. Berpeluh-peluh duduk dalam bas. Nasib baik la sampai area taman perumahan, driver bas suruh turun naik bas depan tukar bas.

Naik naik jea bas yang baru tu, leganyaaaa ! Aircond wehooooo !

Tu lahh penangan tiket bas RM1.
Orang memang selalu bagi servis dekat kita ikut tahap harga yang dyorang tawarkan kan ? Business minded.

6 comments: