30 June 2013

Perempuan (HOT)

Assalamualaikum raeders :)

Happy weekends you olls!!

Perempuan menarik perhatian atau senang aku cakap - budak hot. Dari sekolah sampai la masuk universiti mesti akan ada golongan-golongan hot. Selalunya budak-budak hot ni mesti ramai peminat, secret admire. Ada lelaki yang hot dan ada perempuan yang hot tapi aku fokuskan sekarang ni ialah perempuan since imma a girl.

Ingat yang hot-hot tu, hot sangat ke? Ini semua poyo!


Budak-budak perempuan yang hot asal lalu depan lelaki mesti confirm kena kacau atau dalam erti kata lain mengorat. Hakpuihh geli aku. Tak kira la dekat sekolah ke, U ke or dekat luar, memang mudah disapa-mesra oleh anonymous lelaki. Berdasarkan pengamatan aku selama 18 tahun 8 bulan ni, antara ciri-ciri budak perempuan hot adalah seerti berikut :

- Gelak, cakap bukan main kuat 
- Dressing gila cun babe
- Make up bukan main
- Gaya lenggok jalan purghh
- Sembang dengan lelaki macam takde adab

Kadang-kadang aku tak berapa berkenan tengok perempuan-perempuan yang macam ni. Aku bukan jeles ke hape, cuma aku rasa kalau kita ni sebagai perempuan, kan elok kalau kita jaga adab berkawan dengan lelaki, adab kita sebagai seorang perempuan, gadis.

Mungkin kita sembang rancak, gelak huha-huha dengan lelaki lepas tu dyorang pun layan jea, kita tak tau mungkin dyorang sebenarnya tak suka pun. Layan jugak pun sebab dah memang jenis suka melayan kan. Rasanya korang boleh start buat survey dekat member lelaki, tanya ,

Kau suka tak perempuan yang hot, yang gelak-gelak macam hantu macam orang lain takda anak tekak ?

Ini peringatan untuk diri aku jugak dan raeders sebab aku tahu kita semua ni masih dalam fasa nak ke arah mengubah diri sendiri, menjadi seorang wanita yang lebih baik.

Ya ukhti, jagalah adab kita sebagai seorang wanita. Kita adalah sebaik-baik ciptaan Allah SWT :)

5 comments:

  1. Salam ukkhwah fillah.
    Jika ada rasa malu pasti tidak sebegitu, kerana malu itu sebahagian daripada iman.

    ReplyDelete
  2. huhuu,betul jugak kadang laki bukan suka pun,orang kata dah bosan layan jerr~

    ReplyDelete
  3. kalau yg dibuat2 itu yg rasa mnymph skit..huhuh

    ReplyDelete
  4. jangan jadi baju kurung yang dijual kat pasar malam yea .

    ReplyDelete