17 November 2013

Barang basic dalam handbag gigirl

Assalamualaikum readers :)

Happy weeeeekend.

Mostly kita akan selalu nampak anak-anak muda gadis mahupun makcik-makcik, akak-akak dekat luar sana mesti bawa beg kalau nak keluar pergi mana-mana. Kenapa mesti kena bawa handbag? Lelaki mesti tertanya-tanya. Mudah je jawapannya. Sebab beg merupakan salah satu aksesori penting untuk perempuan dan dan handbag juga mampu digelar sebagai poket doraemon yang terunggul.

Ada sesetengah orang saja suka-suka bawa handbag bila nak keluar, takde isi pape pun. Tapi selalunya kalau nak keluar jauh, macam nak hang out ke apa ke, dalam handbag tu mesti berisi macam-macam. Dah nama pun perempuan kan, dari barang make-up sampai la makanan mesti ada dalam handbag tu. So, apa barang basic yang selalu ada dalam handbag kitorang ni? Jengjengjeng..

Bedak Compact
Ni memang benda wajib ada dalam kebanyakan handbag gigirl ni. Kalau rasa muka berminyak, senang je nak kasi hilang minyak tu, pakai bedak compact ni haa. Selalu lepas solat dekat mana-mana mall pun mesti confirm pakai bedak compact.

I used Garnier.


Lip balm
Kalau tak jumpa lip balm dalam handbag gigirl memang tak sah. Ni benda wajibunghunnah selepas bedak compact. Kira basic asas makeup tahap paling cokia nak kekal fresh bila hang out dekat luar, mesti pakai lip balm. Selalu setiap kali masuk toilet, mesti wajib pakai secolet lip balm dekat bibiaq ni haa.

I used Lip Ice by Mentholatum.


Pocket tissue
Benda paling penting woii!! Nak lap peluh, lap muka, lap tangan lepas makan pretzel Auntie Anne (ehhh). Senang kata pocket tissue ni memang banyak kegunaan la and seharusnya ia menjadi benda basic dalam beg para gadis sekalian. Senang nak buang kotor, perempuan kan pembersih. Sebab tu nak pasangan pun kena yang pembersih hihi (tetiba).


Perfume roll on
Perfume jenis roll on ni memang senang nak bawa pergi mana-mana pun, saiz pun kecik kan. Perfume ni pun dah kira macam benda wajib patut ada dalam handbag. Ye la, perempuan kan suka wangi-wangi.

Murah ja ceq beli tapi wangi dia, purghhh!!


Lotion
Ni tak wajib sangat, macam sunat je hehe. Aku selalu juga bawa lotion sumbat dalam handbag sebab bila-bila rasa tangan kering, boleh terus grab lotion and pakai. Lotion zaman sekarang pun dah ada banyak saiz mini so senang la nak usung pergi mana pun.

Lotion Johnson memang favourite brand aku.


Inilah sebahagian reasons kenapa perempuan suka bawa handbag kalau nak keluar mana-mana. Banyak barang-barang penting kot nak kena bawa. Lelaki jangan tertanya-tanya lagi. Nanti barang korang pun ada juga yang letak masuk dalam handbag ni hehe :)

9 comments:

  1. Perempuan kan special .. Handbag pun boleh jadi poket doraemon haha

    ReplyDelete
  2. handbag sis, penuh duit syiling je..sebab kdg malas nk bukak dompet...

    jemput join GA http://qasehcinta88.blogspot.com/2013/11/the-button-giveaway-2013.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi senang kalau nak bayar guna syiling, tak payah susah2 :)

      Delete
  3. yang penting phone dgn purse mesti ada. yg lain takde takpe hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu semestinya la.
      Takde benda tu, tarak guna bawak handbag :)

      Delete
  4. Semua barang ni mmg harus ada dlm beg wanita...

    ReplyDelete
  5. pergh :D
    perfume apple wajib !
    nice sharing :D

    ReplyDelete