15 April 2017

Nasi lemak kak ju

Aku membesar dengan nasi lemak mak. Sarapan wajib aku sebelum ke sekolah adalah nasi lemak mak. Agaknya itu antara faktor kenapa badan aku agak debab masa sekolah rendah. Aku selalunya akan minta extra nasi, telur rebus dan ikan bilis. Ye lah, aku kan anak tauke. Sehinggalah aku masuk asrama di mrsm dan uitm, aku tetap akan minta extra nasi lemak setiap kali balik cuti. Nasi lemak mak adalah makanan kegemaran aku. Kalau dulu dalam biodata aku akan tulis makanan kegemaran aku nasi padprik tapi sekarang aku akan tulis masakan mak aku sebagai makanan kegemaran. This is the feeling when you lose somebody that important in your life. You will strart to remember all little things about them. You will start to appreciate them more and more.

Nasi lemak mak memang famous dekat kawasan rumah aku, pokok sena. Rata-rata orang kampung sini semuanya kenal nasi lemak kak ju (I miss people calling my mom kak ju). Mak dah mula meniaga nasi lemak sejak ayong lahir. Jiwa mak memang jiwa niaga. Mak akan bangun seawal 4.30 pagi untuk mula memasak nasi lemak. Kadang-kadang aku terjaga bila dengar alarm phone mak berbunyi. Walaupun usia mak dan menjangkau 50an, mak masih gigih bangun awal pagi untuk mencari rezeki buat aku dan adik yang masih belajar. Aku akan dengar suis lampu bilik air dibuka, bunyi air paip mengalir tanda mak sedang mengambik wuduk untuk solat isya. Kemudian aku akan sambung tidur semula sebab masih awal pagi. Tetapi bagi mak, waktu itu dia harus bangun untuk mencari rezeki. Pernah mak tanyakan adik, berapa tahun lagi dia akan habis belajar dan adik jawab lagi 4 tahun. Mak cakap lagi 4 tahun lah mak kena niaga. Aku cakap dekat mak, mak tak payah lah niaga dah,adik ada ptptn dan aku pun dapat elaun. Dan ternyata.. tak kesampaian lagi 4 tahun itu. Mak kini sudah berehat dengan tenang di salah satu taman syurga.

Aku ingat lagi. Aku pernah bergaduh mulut dengan adik, siapa yang patut kupas kulit telur rebus bila mak minta tolong. Andai kami sedar kami memang akan kehilangan mak satu hari,pasti kami takkan bergaduh mulut hanya sebab isu kupas kulit telur,hehe. Teruk betul anak-anak mak ni :') Kadang-kadang aku akan digaji oleh mak dan ayah untuk tolong di kedai waktu pagi. Aku akan berjalan kaki ke kedai dengan menjinjing nasi lemak mak. Mak selalunya akan bagi raga paling ringan dekat aku sebab dia tahu anak tengah dia ni lemah fizikal, tak boleh buat kerja berat sangat. Nasi lemak mak memang cepat habis. Dengan harga seringgit, kuantiti yang banyak dan rasa sambal yang tak pernah berubah sejak 20 tahun, ini antara tarikan nasi lemak mak. Pernah aku bagitahu mak, harga seringgit dah tak relvan dengan zaman sekarang, harga barang makin naik, bermaksud mak akan dapat untung sikit. Satu ja mak jawab, 'takpa,mak niat sedekah'. Dan aku akan sambung membebel pasal ketidakrelevenan harga nasi lemak seringgit mak aku.

Masa berlalu dan tak semua akan kekal. Nasi lemak kak ju dah tak ada dan empunya badan juga sudah tiada. Aku rindu nasi lemak mak. Masih tergambar jelas di fikiran aku, mak akan berdiri di depan meja. Di kanan mak ada periuk nasi, bekas ikan bilis, sambal, timun dan telur yang tersusun rapi bagi mrmudahkan cedokkannya. Masih jelas bagaimana mak akan susun barang-barang niaganya di dapur sebelum mula membungkus esok hari. Masih jelas bagaimana sibuknya mak mengatur segala barang apa patut dibelu untuk kegunaan di kedai. Mak was the best asisstant ever to ayah.

Nasi lemak kak ju. The greatest nasi lemak ever. Encik jan pun tak sempat merasa nasi lemak mak. Cucu-cucu maka yang lain pun tak sempat merasa nasi lemak mak yang sedap ni. Mak, nanti kita sekelaurga jumpa di syurga okay. Ya nak mak nak semua makanan kegemaran ya waktu tu. I miss you mak. All of us here are missing you. We will keep sending you our prayer. Only memories remain here in our heart <3

Al-Fatihah mak.

4 comments:

  1. Ya nasi lemak kakju is the best. Sy juga membesar dgn nasi lemak kakju. Zaman sekolah siap tlg bawa ke sekolah dan jual kpd kawan2 dan guru2. Siapa tinggal di pokok sena pasti tahu rasa nasi lemak kak ju ni. Harapnya anak2 kakju ada yg mewarisi resepi legend ni. Semoga Allah merahmati arwah kakju. sifat pemurah dgn tidak meletak harga yg tinggi dgn kualiti yg diberi patut dicontohi para peniaga lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin,amin. Legasi legend kak ju memang takdak siapa boleh lawan walaupun kami anak2 nya :)

      Delete
  2. stay strong akak. you have been through a lot but i know you are strong, thats why u are still here. keep making your parents proud :)

    ReplyDelete
  3. Ya allah,thank you so much for your words. You make me feel positive. Insyaallah,I will try my best to make them proud. Thank you dear :)

    ReplyDelete